29 Januari 2016


Seorang pegawai daerah di Kerala berjaya memikirkan cara menarik untuk mengumpan penduduk di kawasan itu menjaga alam sekitar apabila menawarkan mereka hidangan popular kawasan itu, briyani Kozhikode.

N Prasanth memuat naik status kepada 100,000 pengikut dalam laman Facebooknya pada 8 Januari lalu, menggesa penduduk Koyilandy di Kozhikode membersihkan tasik Pisharikavu yang tercemar teruk.

Sebagai balasan, dia menawarkan nasi briyani Kozhikode - makanan istimewa terkenal Malabar - secara percuma kepada semua sukarelawan.

Tertarik dengan apa yang ditawarkan, penduduk Koyilandy menyahut seruan untuk membersihkan tasik seluas 57,000 meter persegi itu.

Seperti dijanjikan, Prasanth, mengagihkan nasi briyani kepada semua sukarelawan, menggunakan dana yang diperuntukkan untuk pencegahan kemarau.

Sejak mengambil alih jawatan itu Februari tahun lalu, Prasanth mempunyai peminat yang banyak terutama di Facebook, platform dianggapnya kaedah terbaik untuk berkomunikasi dengan orang ramai.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!