14 Januari 2016


Seorang wartawan penyiaran popular Amerika Syarikat (AS) Mary Beth McDade diserang dan dicabul seorang pemuda semasa melakukan siaran langsung liputan tentang kematian bintang rock klasik, Dawid Bowie di Walk of Fame, di sini kelmarin.

Portal berita Mail Online me­laporkan, insiden itu berlaku kira-kira pukul 10.07 malam waktu tempatan ketika McDade dan seorang jurukamera saluran KTLA bertugas.

Berdasarkan rakaman yang didedahkan, seorang lelaki yang memakai baju panas berwarna kelabu dilihat berdiri di belakang wartawan itu sambil tersenyum bersama beberapa peminat lain ketika siaran langsung itu bermula.

Tiba-tiba, pemuda itu dilihat menerpa ke arah McDade ketika beliau menamatkan siaran berita dan dalam siaran langsung berkenaan.

“Rick dan Cher yang anda kenali, meraka terkenal kerana melakukan satu kelainan, dan...” demikian kata McDade sebelum kedengan jeritan semasa jurukamera menga­lihkan lensa ke arah van berita KTLA berdekatan.

Satu imej rakaman suspek sedang melarikan diri berjaya dirakamkan oleh kamera untuk beberapa saat ketika stesen televisyen berkenaan menyiarkan berita pra-rakaman mengenai Bowie.

McDade berkata, lelaki itu menerpanya dari belakang serta me­lakukan serangan seksual.

Jurucakap Jabatan Polis Los Angeles (LAPD), Mike Lopez membe­ritahu Los Angeles Times, insiden itu tidak boleh dianggap sebagai satu serangan kerana tidak menyebabkan sesiapa cedera.

Dua pegawai polis LAPD dari divisyen Hollywood tiba di tempat kejadian beberapa minit selepas insiden mengejutkan itu.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!