19 Februari 2016


Bangladesh dan Malaysia memeterai memorandum persefahaman (MoU) berhubung penghantaran sebanyak 1.5 juta pekerja dalam masa tiga tahun di Dhaka hari ini.

Portal berita Bangladesh, The Daily Star (http://www.thedailystar.net) melaporkan, MoU tersebut ditandatangani oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem serta Menteri Kebajikan Ekspatriat dan Pekerjaan Luar Negara Bangladesh, Nurul Islam.

MoU berkenaan membolehkan warga Bangladesh diambil bekerja dalam pelbagai sektor termasuk pembinaan, pengilangan dan perkhidmatan di bawah sistem G2G Plus.

Sementara itu, Richard seperti dipetik daripada laporan The Daily Star berkata, proses pengambilan pekerja warga Bangladesh akan dilakukan secara telus dan adil.

Beliau memberitahu, gaji minimum bagi setiap pekerja terbabit ditetapkan antara RM800 hingga RM900.

Pelbagai pihak menyuarakan kebimbangan tentang lambakan pekerja asing di negara ini selepas kerajaan Bangladesh meluluskan draf MoU berkenaan pada 8 Februari lalu.

Walau bagaimanapun, pada 11 Februari lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan, jumlah kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia bukan dilakukan secara sere­ntak, sebaliknya dibuat berperingkat-peringkat merangkumi tempoh tiga hingga lima tahun.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!