5 Februari 2016


“WANITA dilarang masuk. Hantar pemandu anda untuk pesanan. Terima kasih.”

Itulah kata-kata yang terpapar pada notis yang ditampal di pintu masuk sebuah premis Starbucks di Jarir, Riyadh.

Menurut The Independent, notis berkenaan ditampal selepas ‘dinding jantina’ yang sepatutnya memisahkan ruang antara pelanggan wanita dan lelaki di premis berkenaan telah roboh.

Gambar notis tersebut turut dikongsi oleh seorang pengguna Twitter yang mendakwa dirinya dihalang masuk dari premis berkenaan.

Menurut media tempatan, sekatan tersebut diarahkan oleh Suruhanjaya Penyebaran Nilai Murni dan Pencegahan Maksiat Arab Saudi yang mengetahui keadaan premis berkenaan melalui pemeriksaan rutin di bandar berkenaan.

Menurut kenyataan rasmi Starbucks, premis berkenaan dalam proses baik pulih bagi menyediakan ruang masuk berasingan untuk pelanggan yang telah berkeluarga dan yang masih bujang sekaligus mematuhi budaya setempat.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!