24 Februari 2016


Menguruskan badan bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan kerana ia memerlukan kekuatan mental bagi merealisasikannya.

Seorang pelatih kecergasan, Adonis Hill sanggup  menjadi gemuk dan menambahkan berat badannya sebanyak 31 kilogram untuk memberi motivasi kepada pelanggannya, Alissa Kane yang putus asa selepas gagal menurunkan berat badan.  

Menurut Adonis, dia mengambil 8,000 kalori setiap hari selama tiga bulan untuk menaikkan berat badanya serta berhenti melakukan senaman.

"Saya makan donut sebagai sarapan pagi, sosej atau piza untuk makan tengah hari, biskut Oreo sebagai snek, makanan segera pada malam serta minuman air bergas," katanya dipetik Mail Online

Selepas berjaya menambahkan berat badanya, doktor menasihatinya untuk berhenti mengamalkan cara pemakanan tersebut kerana bimbang ia dapat memberi masalah kesihatan serta berdepan dengan risiko serangan jantung.

Tambah Adonis lagi, menurunkan berat badan adalah lebih sukar daripada apa yang dibayangkannya.

Alisa dan Adoni memulakan senaman dan menukar tabiat pemakanan bersama-sama dan berjaya mencapai matlamat untuk menurunkan berat badan mereka bersama-sama selama empat bulan.

Adoni berjaya menurunkan berat badan sebanyak 25 kilogram manakala Alissa sebanyak 26 kilogram.

Proses penurunan berat badan mereka dirakamkan dalam sebuah rakaman televisyen Amerika Syarikat Fit to Fat to Fit.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!