24 Februari 2016


Bintang tinju Filipina Manny Pacquiao kini sedang berunding dengan beberapa jenama setelah Nike membatalkan tajaan berikutan beliau mengeluarkan kenyataan kurang sensitif tentang golongan homoseksual.

“Terdapat beberapa jenama sekarang. Pihak pasukan Pacquiao masih berunding bersama mereka,” kata pengurus perniagaan Pacquiao, Eric Pineda kepada AFP.

Tambah beliau, ia termasuk sebuah jenama yang bernilai jutaan dolar yang bakal menggantikan Nike sebagai pembekal peralatan sukan Pacquiao.

Pacquiao diangkat sebagai wira di negaranya kerana membina kekayaan menerusi menjadi jurucakap pelbagai produk termasuk kereta, motosikal  bateri kereta, pizza, arak, bank dan firma pembangunan. 

Pineda berkata tiada jenama dari Filipina yang membatalkan kontrak Pacquaio sebagai jurucakap walaupun kenyataan beliau mencetuskan kemarahan ramai pihak.

“Mereka akan terus menjadi penaja. Lihat sahaja seluar beliau,” katanya sambil menunjukkan logo yang tertera di seluar beliau.

Minggu lepas, peninju berusia 37 tahun itu mengatakan golongan homoseksual adalah lebih teruk daripada binatang.

Pacquio membuat kenyataan itu ketika dalam sesi wawancara dan bertindak mempertahankan kenyataan itu.

"Saya cuma berkata perkara yang benar seperti yang ditulis di dalam Bible," katanya dalam wawancara tersebut.

Bagaimanapun, beliau menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf.

Di laman Facebook miliknya, beliau berkata beliau tidak bersetuju dengan perkahwinan antara golongan homoseksual.

Pacquiao kini sedang membuat persediaan untuk berdepan laan dari Amerika Syarikat Timorth Bradley di Las Vegas pada April sebelum bersara.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!