3 Februari 2016


Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Barat mengenal pasti sebanyak 114 ajaran sesat wujud di wilayah itu sejak 2000 lagi.

Sekretariat Umum MUI Jawa Barat, Rafani Achyar berkata, ajaran sesat itu banyak dikesan di daerah Cirebon, Bogor dan Bandung.

Antara ajaran sesat yang popular dikenali sebagai Hidup di Balik Hidup, al Quran Suci, Surga Eden, Milah Ibrahim, Siliwangi Panjalu, Lia Eden dan al Qiyadah Al-Islamiyah.

“Lebih membimbangkan, ada seorang tukang gunting di Bandung yang dikenali sebagai Sayuti dan mengaku sebagai nabi,” katanya.

Menurutnya, MUI berusaha menangani ajaran sesat berkenaan, tetapi berdepan dengan beberapa masalah.

“Ada ajaran yang hanya muncul sebentar sebelum hilang tanpa dapat dikesan.

“Ada pula ajaran yang beberapa kali hilang dan muncul dengan nama baru.

“Keadaan ini menyukarkan kami untuk memantau ajaran sesat berkenaan,” jelasnya.

Tambahnya, kumpulan ajaran sesat yang paling membimbangkan ketika ini adalah Gerakan Fajar Nusantara (Gafatar) kerana mempunyai ramai pengikut.

Kerajaan baru-baru ini terpaksa memberi perlindungan kepada pengikut ajaran Gafatar selepas mereka diusir penduduk.

“Sebenarnya kami sudah mengesan ajaran ini sejak 2012 dan mendapati ia gabungan ajaran Al Qiyadah Al Islamiyah yang diketuai Ahmad Musadeq,” katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!