18 Februari 2016


Seorang bekas model sanggup mengawet kucingnya yang telah mati kira-kira sebulan lalu semata-mata mahu haiwan itu menemaninya ke mana sahaja dia pergi.

Daniela Cardone mula menjadi perhatian ramai apabila dia memuat naik gambar kenangan bersama kucingnya, Matute yang telah pun mati ketika bercuti di bandar Lujan di sini, di laman Instagram miliknya.

Wanita itu berkata, dia tidak dapat menerima hakikat bahawa haiwan kesayangannya itu telah mati dan percaya roh kucing tersebut masih bersamanya.

Justeru, dia mengambil keputusan menemui pakar pengawet haiwan, Hannibal Principiano yang terpaksa menghabiskan masa selama 40 hari untuk ‘mengembalikan’ jasad Matute seperti asal dengan menjadikan gambar kucing itu sebagai panduan.

Ajaibnya, selepas proses pengawetan tersebut, haiwan itu kelihatan seperti seekor kucing hidup dengan bulunya yang tebal, bermata biru, dan mempunyai riak wajah yang garang.

“Sebaik sahaja saya melihat Matute yang baharu, saya terkejut dan menangis kerana haiwan itu kelihatan sama seperti sebelum ini.

“Semasa saya kehilangannya, saya berasa sangat sedih. Saya ada lima ekor kucing, tetapi Matute berlainan,” kata Cardone.

Cardone bukanlah-satu-satunya individu yang mengawet haiwan peliharaan yang telah mati, namun tindakannya membawa kucing itu ke mana sahaja dia pergi adakala­nya dilihat agak menyeramkan.

Walaupun berdepan pelbagai kritikan di laman sosial, wanita itu tetap menyifatkan Matute sebagai teman sejati yang boleh menerima dirinya seadanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!