18 Februari 2016


MINGGU ini, pelakon antarabangsa, Jackie Chan, 61, menerima jet peribadi jenama Embrarer Legacy 500 sekali gus menambah aset mewahnya.

Memetik laporan Business Insider, Jackie begitu teruja apabila menerima jet itu yang berharga RM82 juta.

"Saya amat teruja untuk menerima Legacy ini 500," katanya dalam satu kenyataan.

Jackie dikatakan pelanggan China pertama membeli jet model Legacy 500 keluaran terkini Embraer Aerospace, keluaran terbaharu syarikat berpangkalan di Brazil itu.

Pada tahun 2012, bintang yang turut menjadi duta pembuat pesawat komersial, perniagaan dan tentera itu dengan membeli model Legacy 650 keluaran syarikat sama.

Sementara menurut, Presiden Embraer reka bentuk Legacy 500 adalah antara yang tercanggih dan terbaik.

"Legacy 500 mempunyai teknologi  ia menggabungkan reka bentuk yang memaksimumkan keselesaan penumpang dan ketahanan bahan api," katanya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!