4 Februari 2016


Henan (China): Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun di timur China nyaris terbunuh apabila bateri saiz AA yang dikunyahnya meletup di dalam mulutnya.

Ketika kejadian, Xuan Xuan bermain di rumahnya di bandar Xinyang di wilayah Henan, apabila bateri yang dikunyahnya meletup, lapor portal People's Daily Online.

Letupan itu menyebabkan lubang besar pada mulutnya, dengan doktor bimbang asid yang terdapat pada bateri itu masuk ke dalam tekak serta membakar bahagian dalaman mulutnya.

Xuan Xuan segera dikejarkan ke hospital oleh ibu bapanya selepas kejadian itu disedari.

Menurut laporan, kanak-kanak itu mengunyah batyeri berkenaan kerana meniru cara datuk dan neneknya memakan tembikai sambil mengunyah bijinya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!