4 Februari 2016


Bintang penyerang Barcelona dan Brazil Neymar berdepan isu perundangan selepas pihak pendakwa raya Brazil memfailkan tuduhan penipuan cukai serta kes pemalsuan lain ke atasnya.

Pemain berusia 23 tahun itu dan keluarganya menafikan mereka terbabit dalam apa-apa kesalahan atas dakwaan terdapat salah laku ketika dia mengikat kontrak dengan Barcelona pada 2013.

Tetapi beberapa jam selepas dia memberikan keterangan kes di Sepanyol, satu kes baru dibuka pendakwa raya Brazil yang menjadikan dia serta bapanya sebagai plaintif.

Pegawai penyiasat di Sepanyol dan Brazil mengesyaki keluarga Neymar dan kelabnya cuba melindungi nilai sebenar perjanjian ketika Barcelona membelinya dari kelab Brazil Santos.

Barcelona meletakkan nilai perpindahan itu sebanyak AS$62 juta (RM261 juta) tetapi pihak berkuasa Sepanyol merasakan ia sengaja ditambah menjadi lebih 83 juta euro (RM382 juta).

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!