26 Februari 2016


SEBUTKAN sahaja jenis sampah yang ada. Ikan busuk, perut babi, bangkai tikus bersaiz kaki, bahkan sebelah kaki manusia - semuanya pernah ditangani oleh Noel Molina dan Tony Sarkar.

10 tahun bergelumang dengan tugas yang kelihatan jijik dan memualkan, Molina dan Tony masih gembira. Salah satu sebabnya, mereka dibayar lumayan.

Menurut CNN Money, Molina meraih RM471 ribu (AS$112 ribu) tahun lalu sebagai pemandu trak sampah. Sankar pula memperoleh RM421 ribu (RM100 ribu) sebagai kelindan yang 'bertenggek' di belakang trak.

Menurut majikan mereka, adik-beradik David dan Jerry Antonacci yang memiliki Crown Container, gaji dua pekerja mereka itu dinaikkan setiap tahun, sejak lapan tahun lalu.

Molina dan Sankar bertugas pada syif tujuh malam sehingga jam tiga pagi.

‘Gaji kami lebih besar dari graduan kolej’

Menurut Jabatan Buruh Amerika Syarikat, gaji tahunan bagi pemandu trak sampah ialah RM168 ribu (AS$40 ribu) setahun, lebih tinggi bagi purata gaji lulusan sekolah tinggi iaitu RM126 ribu (AS$30 ribu).

“Orang yang masuk kolej pun belum tentu ada pendapatan macam saya,” ujar Sankar.

Bukan sahaja mereka dibayar lumayan, malah kenaikan gaji mereka lebih pantas. Gaji pemungut sampah di Amerika Syarikat meningkat pada kadar purata 18 peratus, berbanding 14 peratus bagi sektor buruh secara umum di negara tersebut selepas kegawatan ekonomi pada tahun 2009 berakhir.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!