17 Februari 2016


Satu perlawanan bola sepak amatur di Argentina semalam bertukar tragedi apabila seorang pemain menembak mati pengadil yang melayangkan kad merah kepadanya kerana melakukan kekasaran.

Menurut portal Daily Mirror, kejadian itu berlaku di daerah Cordoba apabila suspek yang berusia 25 tahun turut menembak seorang lagi pemain, Walter di bahagian dada, tetapi mangsa dilaporkan tidak mengalami kecederaan yang serius.

Pihak polis melaporkan, suspek yang dipercayai menyimpan pistol di dalam beg galas, berlari masuk ke dalam padang selepas dilayangkan kad merah untuk menembak pengadil perlawanan.

Jelas polis, pemain itu yang tidak dinamakan tersebut, melepaskan tiga das tembakan yang mengenai bahagian kepala, dada dan leher mangsa yang dinamakan sebagai Cesar Flores, 48.

Suspek dipercayai tidak berpuasa hati dengan keputusan pengadil melayangkan kad merah kepadanya selepas dia melakukan kekasaran terhadap pemain lain.

“Suspek melarikan diri selepas kejadian berkenaan dan pihak polis masih memburunya.

“Tragedi itu berlaku ketika perlawanan belum lagi tamat dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan,” jelas kenyataan polis.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!