24 Februari 2016


Pengeluar coklat Mars antarabangsa menarik balik jualan produk keluarannya, Mars dan Snickers serta coklat mini Milky Way di 55 negara di Eropah selepas kepingan plastik dijumpai di dalam produk tersebut.

Produk yang terjejas adalah produk-produk dengan tarikh luput sebelum 19 Jun 2016 hingga 8 Januari 2017.

Menurut syarikat Mars Chocolate dalam satu kenyataan, produk yang ditarik balik adalah yang dibuat di kilang Mars di Veghel, Belanda, yang turut dieksport ke luar negera.

Sebelum itu, Mars hanya mengumumkan penarikan coklat berkenaan di Jerman.

Kepingan plastik yang ditemui dalam coklat tersebut dikhuatiri boleh menyebabkan pelanggan tercekik.

Syarikat itu berkata, senarai penuh produk yang terjejas dapat dilihat di laman www.mars.de
Pengumuman ini adalah bagi mengelakkan pengguna yang telah membeli salah satu produk  berkenaan daripada memakannya.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!