17 Februari 2016


Seorang anggota polis dan dua penyokong Selangor cedera di kepala ketika kekecohan berlaku di luar Stadium Perak, di sini sejurus selepas tamat perlawanan Liga Super antara Perak menentang Selangor.

Kecederaan dialami adalah akibat terkena balingan objek dipercayai batu, botol kaca dan botol plastik.

Kekecohan dipercayai bermula apabila kedua-dua penyokong saling membuat provokasi sebaik keluar dari stadium hingga terdapat penyokong yang mula memaki hamun sebelum bertindak membaling objek.

Pasukan polis bagaimanapun berjaya mengawal keadaan dengan mengarahkan penyokong Perak bersurai dan mengawal penyokong Selangor ketika memasuki bas untuk beredar.

Keadaan dapat dikawal kira-kira 12 tengah malam dan penyokong Selangor dilihat meninggalkan kawsan stadium pada 12.20 pagi.

Dalam perlawanan kedua saingan Liga Super itu pasukan The Bos Gaurus tewas kepada Red Giants 0-1.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!