23 Februari 2016


"Ramai yang menawarkan untuk membeli dan menjaga kucing bermuka dua selepas cerita mengenainya menjadi viral di Facebook dan aplikasi WhatsApp, sejak Ahad lalu," kata Siti Ruszaihaa Mamat, 28, dari Kampung Teluk Ketapang. 

Bagaimanapun, gadis itu sudah membuat keputusan untuk membelanya dan berharap ia dapat membesar dalam keadaan sihat seperti kucing lain. 

Katanya, ketika dilahirkan Sabtu lalu, dia menyangkakan anak kucing yang baru dilahirkan itu sudah mati, namun terkejut apabila ia mengiau sebaik diangkat. 

"Ibu kucing berkenaan yang dipelihara sejak setahun lalu, turut melahirkan seekor lagi anak kucing yang normal," katanya yang ditemui rumahnya. Ruszaihaa berkata, walaupun terkejut melihat rupa kucing itu yang pelik, dia tidak akan membiarkannya mati selepas melihat ibu kucing membiarkannya bersendirian. 

"Bimbang ia tidak dapat bertahan lama, saya mencari susu formula dan membawanya ke Klinik Veterinar Daerah di Bukit Kecil untuk mendapatkan rawatan untuknya. "Alhamdulillah, keadaan anak kucing ini bertambah sihat dan klinik memberi ubat sapu bagi mengelakkan jangkitan kuman," katanya yang memberikan kucing itu nama Si Tuah. 

Sementara itu, Pegawai Perubatan Veterinar Kuala Terengganu, Dr Khairul Anwar Mohamad, berkata kes kucing bermuka dua itu dirujuk kepada pihaknya Ahad lalu dan pemeriksaan biasa mendapati kucing itu tidak mengalami sebarang masalah cuma ia bergantung kepada ketahanan badan 100 peratus untuk terus hidup. 

"Mengikut rekod, kejadian ini adalah yang pertama di negeri ini dan sesuatu yang luar biasa. Bagaimanapun, jika kucing ini dijaga dengan baik dan diberi makanan bersesuaian, ia mungkin boleh bertahan lama," katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!