17 Februari 2016


Scotland – Seorang remaja berusia 15 tahun di sini terpaksa berhenti sekolah apabila dia sering menjadi mangsa buli rakan-rakan kerana rambutnya yang terlalu panjang.

Aaron Fernando berkata, rambutnya yang sepanjang 1.32 meter itu menyebabkan dia menjadi bahan ejekan kerana tiada pelajar di sekolah berkenaan memiliki rambut yang terlalu panjang seperti itu.

Keadaan itu menyebabkan ibunya, Suzanne sanggup memberhentikan anaknya bersekolah menyebabkan dia

kini belajar di rumah dengan

guru yang dibayar khas.

“Dia sering menjadi mangsa buli di sekolah. Keadaannya bertambah teruk apabila Fernando berkurung di dalam bilik selain tidak mempunyai keyakinan diri. Ia menyebabkan saya mengambil keputusan untuk memberhentikannya daripada bersekolah,”kata Suzanne.

Selain Fernando, ibu dan kakaknya, Jordan turut memiliki rambut seperti kisah dongeng Puteri Rapunzel menyebabkan Suzanne tidak berhasrat untuk memotong rambut anaknya kerana percaya itu merupakan satu pemberian tuhan yang luar biasa.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!