5 Februari 2016


Seorang kanak-kanak perempuan India terpaksa berdepan pengalaman mengerikan selepas ribuan ekor semut gergasi dikesan bersarang di dalam telinganya.

Lebih menakutkan, sekurang-kurangnya 10 ekor semut akan merangkak keluar daripada te­linga Shreya Darji, 12, pada setiap hari walaupun pelbagai usaha telah dilakukan ibu bapanya termasuk membawa kanak-kanak itu berjumpa doktor pakar.

Masalah dihadapi Shreya dari Deesa, Gujarat barat India bermula selepas kanak-kanak itu mengadu kurang selesa pada te­linganya, Ogos tahun lalu.

Doktor yang dirujuk terkejut apabila mendapati ribuan ekor semut telah bersarang di dalam teliganya.
Buat masa ini, doktor telah mengeluarkan beratus-ratus ekor semut dan di sebalik semua usaha itu, serangga berkenaan terus membiak.

Pakar di unit leher, hidung dan telinga di sebuah hospital Gujarat, Dr. Jawahar Talsania berkata, mereka melakukan semua imbasan terhadap Shreya dan mendapati kanak-kanak itu normal.

“Dia tidak mengalami sebarang kesakitan, malah tiada kerosakan dikesan pada gegendang telinganya,’’ kata Jawahar.

Sementara itu, bapa Shreya, Sanjay Darji, 40, berkata, walaupun ketika berada di sekolah, semut-semut itu akan keluar daripada telinga anaknya.

Malah katanya, keadaan dialami anaknya menjadi semakin teruk.

“Saya telah melakukan apa yang saya mampu termasuk membawanya berjumpa doktor pakar terbaik, namun semua usaha itu gagal setakat ini,’’ katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!