24 Februari 2016


Ketua Biskop Roman Katolik Singapura melahirkan kebimbangan mengenai konsert ratu pop, Madonna di negara itu dan memberi amaran kepada pengikut supaya tidak menyokong individu yang merendahkan serta menghina agama.

Goh dalam kenyataan berkata, dia menemui beberapa pegawai kerajaan bagi melahirkan kebimbangan pihak gereja berhubung konsert Madonna, Ahad ini.

Persembahan yang berlangsung di Stadium Nasional itu sebahagian daripada jelajah Rebel Heart dan juga konsert pertama Madonna di Singapura.

Madonna dihalang mengadakan konsert di Singapura pada 1993 kerana polis berpendapat persembahannya mengandungi unsur lucah dan melanggar batas moral serta agama.

“Negara pelbagai etnik seperti Singapura tidak mampu terlalu memberi kelebihan kepada persembahan yang tidak menghormati agama,” katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa memberi jaminan bahawa beberapa peraturan ditetapkan bagi memastikan tindakan yang dilihat menghina agama tidak dilakukan di pentas.

Pihak berkuasa juga menetapkan hanya peminat berusia 18 tahun ke atas boleh hadir ke konsert itu.

Media Singapura melaporkan, Madonna tidak membuat satu persembahan dikenali sebagai Holy Water, yang menonjolkan penari seksi berpakaian seperti rahib dan menari di tiang seperti lambang salib.

Tambah Goh, Roman Katolik sebelum ini membantah tindakan Madonna yang dilihat tidak menghormati simbol agama Kristian dalam persembahannya.

“Dalam kepercayaan tiada yang bersifat berkecuali, hanya menyokong atau menentang. Berada di konsert ini seperti menyokong tindakan itu,” tegasnya.

Katanya, seni yang mengandungi unsur lucah, memberontak dan sikap tidak hormat hanya merosakkan minda golongan muda.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!