16 Februari 2016


KANOWIT – Seorang wanita terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam apabila lengan kanannya tertusuk besi pintu pagar di rumahnya di Lorong Engkabang, Kampung Muhibbah semalam.

Dalam kejadian pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa, Juliana Christie James, 29, yang ingin membuka mangga pintu pagar dari luar tiba-tiba tergelincir lalu besi pada pintu pagar berkenaan tertusuk lengan kanannya.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada pukul 12.34 tengah hari.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati wanita berkenaan sedang menahan kesakitan akibat tertusuk besi pintu pagar berkenaan.

“Bomba terpaksa menggunakan pemotong menyelamat (rescue cutter) bagi memotong besi berkenaan yang mengambil masa kira-kira 15 minit,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, sejurus besi pintu pagar berjaya dipotong, mangsa diserahkan kepada pihak perubatan dan dibawa ke Hospital Kanowit untuk rawatan lanjut

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!