25 Februari 2016


PETALING JAYA - Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendesak ahli politik DAP, Tony Pua dan Teo Nie Ching memohon maaf kepada seluruh masyarakat Cina, kaum Thiong Hua di negara ini.

Ini kerana dua pemimpin DAP itu terlibat dalam penyiaran video perayaan Tahun Baru Cina di laman YouTube yang didakwa mempersendakan watak God of Prosperity.

Ketua Kaum Hal Ehwal Cina PMSP, Tan Chee Chong berkata, DAP tidak seharusnya menggunakan agama sebagai modal berpolitik.

“Penerbitan video parodi sewaktu rakyat Malaysia menyambut Tahun Baru Cina sememangnya menghina masyarakat kaum Thiong Hua.

“Adakah ini budaya Malaysia yang harus dicontohi? Jadi saya sebagai masyarakat Cina mewakili kaum Thiong Hua mendesak kedua-dua pemimpin DAP itu supaya memohon maaf,” katanya pada sidang media, hari ini.

Dalam video bertajuk DAP CNY PARODI: GST & ARAB YEAR 2016 dan berdurasi tiga minit 43 saat itu, Tony dan Nie Ching berlakon bersama watak tersebut serta seorang individu berpakaian seperti lelaki Arab.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!