23 Februari 2016


Kenyataan pelakon dan pengacara Yatt Hamzah, 36, yang menafikan bakal suaminya, Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, merupakan orang ketiga dalam rumahtangganya sewaktu bergelar isteri kepada Abdul Mutalib Shukor,36, dibantah oleh bekas suaminya itu.

Menurut Abdul Mutalib, sebagai seorang yang mempelajari ilmu agama yang luas, Yatt sewajarnya lebih faham tentang natijah dan hukum tindakannya menafikan kebenaran.

“Dia mungkin boleh mengaburi mata masyarakat tetapi tidak kepada individu yang mengenali dirinya dan mengetahui hal sebenar.

“Kenyataan saya sebelum ini cukup untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku dan penafian dia dengan menggunakan nama Allah baru-baru ini saya serahkan kepada Allah,” jelas Abdul Mutalib dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, walau bagaimanapun dia telah memaafkan kesilapan Yatt dan berharap rumahtangga yang bakal dibina pada 27 Februari ini bersama Mohammad Zulfadhli bahagia ke akhir hayat.

Malah kata Abdul Mutalib, dia dengan hati terbuka menerima ketentuan qada dan qadar Allah yang menentukan jodohnya dengan Yatt berakhir pada 26 Ogos 2015.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!