25 Februari 2016


Melaka: Penampilannya yang kerap mengenakan baju batik, seluar dan kasut hitam ketika menghabiskan masa bersama penduduk setempat di Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini, menyebabkan Yahaya Senin, 58, popular dengan panggilan yang berhormat (YB) dalam kalangan penduduk sekitar.

Malah sifat pemurahnya yang sanggup mengeluarkan wang sendiri bagi membeli 20 kerusi plastik bagi kegunaan orang ramai sejak tiga tahun lalu juga menggambarkan dia umpama YB.

Malah panggilan itu tidak pernah menimbulkan kemarahan Yahaya kerana tahu ia bukan untuk mengejek atau memperlekeh sebaliknya hanyalah panggilan mesra sesama penduduk kampung.

“Sejak isteri meninggal dunia, saya kerap menghabiskan masa bersama penduduk tempatan terutamanya nelayan yang baru pulang daripada menangkap ikan di laut dengan bersembang mengenai isu semasa.

“Saya tidak pernah mengharapkan pahala daripada itu (membeli kerusi), sebaliknya gembira apabila kami dapat menggunakan kemudahan berkenaan bagi bersantai bersama-sama,” katanya.

Menurut Yahaya, dia bagaimanapun terkilan berikutan beberapa kerusi hilang.

Katanya, dia mengeluarkan perbelanjaan lain untuk membeli kerusi gantian dan berharap individu yang mengambilnya akan mengembalikan semula kerusi berkenaan.

“Saya tidak kisah jika kerusi itu patah kerana digunakan penduduk tetapi kecewa jika ada individu membawanya pulang untuk kegunaan peribadi,” katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!