15 Mac 2016


Britain – Seorang lelaki yang memiliki beberapa kedai dan sebuah kilang aiskrim di daerah Northampton mempunyai hobi menghasilkan perisa aiskrim pelik untuk dicuba pelanggannya menjelang musim panas.

Aldo Gallone, 47, menghasilkan pelbagai perisa aiskrim yang mengimbau kembali zaman kanak-kanaknya pada tahun 1980-an termasuk perisa blackjack, salad buah, Tutti Frutti dan kastard.

Bagaimanapun, pemilik jenama rangkaian kedai aiskrim Gallone’s itu turut menghasilkan perisa pelik seperti ikan bilis dan rumput.

“Isteri saya berasakan saya perlukan sesuatu yang lebih mencabar dan meminta saya menghasilkan aiskrim ikan bilis. Aiskrim perisa bilis itu memang yang paling pelik dan proses menghasilkannya sangat rumit,” kata Gallone.

Keluarga Gallone telah menghasilkan aiskrim sejak 75 tahun lalu dan dia adalah pewaris generasi rangkaian kedai aiskrim tersebut selepas kedai pertama dibuka oleh datuknya semasa Perang Dunia Kedua.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!