30 Mac 2016


Beijing: Seorang doktor yang kedua-dua kakinya dipotong akibat kemalangan jalan raya ketika dia berusia empat tahun, tidak pernah berputus asa.

Li Juhong yang berasal dari pinggir bandar Chongqing berkata, kecacatannya itu yang mendorong dia untuk terus berbakti kepada masyarakat. Dia menjadi doktor di kampungnya sejak 15 tahun lalu.

Untuk bergerak dan melawat pesakitnya, Juhong menggunakan bangku kayu sebagai kaki.

Dia mula belajar berjalan dengan bangku kayu selepas kehilangan kedua-dua kakinya pada 1983. Semangat yang ada padanya menyaksikan dia tidak mengambil masa lama untuk mahir bergerak menggunakan bangku itu.

Dengan nasib yang menimpanya, Juhong mengambil keputusan menjadi doktor, membantu mereka yang sakit dan menyelamatkan nyawa.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!