30 Mac 2016


KOTA BHARU – Mahkamah Sesyen di sini semalam memerintahkan sebuah tadika membayar ganti rugi berjumlah RM403,018.74 kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selepas dia melecur seluruh anggota badan akibat terkena kuah tomyam panas dua tahun lalu.

Hakim Adli Abd. Ghalib membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan saman difailkan oleh Nur Airish Daniesya Norizal melalui ibunya, Nur Ashikin Md. Ariffin, bagi menuntut ganti rugi sebanyak RM500,000 terhadap defendan, Tadika Minda Elit, kerana didakwa cuai sehingga plaintif mengalami kecederaan dan menanggung kesakitan berpanjangan.

Mahkamah mengarahkan defendan membayar ganti rugi khas sebanyak RM83,018.74, ganti rugi am RM220,000 dan ganti rugi teladan RM100,000.

Plantif diwakili peguam Shamsul Baharin Abdullah manakala defendan diwakili peguam Norzaimah Mohamed.

Ibu plaintif, Nur Ashikin Md. Ariffin, 30, berkata, tiada kata-kata dapat menggambarkan betapa gembira dirinya selepas keputusan mahkamah memihak kepada keluarganya setelah hampir dua tahun berulang-alik dari mahkamah untuk mendapat keadilan buat anaknya.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!