25 Mac 2016


Bintang terkenal Bollywood , Shah Rukh Khan menceritakan pengalaman beliau  pernah ditampar oleh seorang wanita yang tidak dikenali sebelum dirinya bergelar seorang bintang.

Kejadian berlaku sekitar 90 an ketika dirinya  dalam perjalanan ke Mumbai untuk menghadiri sesi ujibakat pelakon dengan menaiki keretapi dimana ianya berkonsep free seating .

Malangnya, Shah Rukh Khan tidak pernah tahu keretapi tersebut berkonsepkan free seating dimana sesiapa sahaja boleh duduk tanpa perlu meminta izin.

Jadi, setiap kali penumpang lain ingin duduk di sebelahnya, beliau tidak benarkan dengan alasan tempat duduk tersebut telah dibayar dan sudah menjadi miliknya.

Namun Shah Rukh Khan mempelawa seorang wanita untuk duduk disebelahnya tetapi tidak kepada pasangan wanita tersebut. Akibatnya, Shah Rukh Khan ditampar oleh wanita itu dan memberitahunya sesiapa sahaja boleh duduk tanpa mendakwa tempat duduk tersebut miliknya. Sesiapa sahaja boleh duduk tanpa meminta izin.

Tak pasal-pasal makan penampar. Namun itulah pengalaman serta susah payah Shah Rukh Khan sendiri sebelum dirinya bergelar seorang bintang yang dikagumi. 
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!