22 Mac 2016


“Saya ketagih dengan warna hijau, segalanya wajib berwarna hijau, jika tidak, saya tidak dapat tidur dengan tenang “

Elizabeth Sweetheart berusia 74 tahun seorang wanita yang begitu ketagih dengan warna hijau sehingga orang ramai menggelarnya “Green Lady”

Menurut Sweetheart, ketika usia masih lagi muda, beliau menyukai pelbagai jenis warna, namun, warna hijau sentiasa menjadi kegemaran dan lama–kelamaan warna tersebut menjadi kesukaannya sehingga apa jua barang yang dimiliki harus berwarna hijau. Sudah memakan masa 16 hingga 20 tahun beliau hanya pandang pada satu warna sahaja, iaitu hijau.

Menurut jiran sekeliling, Sweetheart sangat popular di kawasannya. Dan semua orang tahu warna hijau merupakan warna kegilaannya.

“Semua orang mengenalinya, kami sudah terbiasa melihat kehadiran Sweetheart dengan serba serbi hijau pada dirinya”
   
“Siapa yang tidak kenal dengan Sweetheart? Nampak sahaja kemunculan warna hijau , orang ramai sudahpun tahu siapa dia”

Tiada apa yang boleh menggembirakan hatinya melainkan warna hijau, beliau sendiri menggelar dirinya sebagai wanita hijau (green lady).

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!