25 Mac 2016


Pertubuhan bukan kerajaan, Nambikkai Malaysia meragui akuan bersumpah pemilik banglo, Phang Li Koon kerana seolah-olah direka oleh pihak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai bahan mempertahankan diri.

Presiden Kebangsaannya, Kalai Vanar berkata, pihaknya percaya Li Koon didesak untuk menandatangani akuan bersumpah itu.

“Li Koon telah ‘ghaib’ dan tidak hadir dalam sidang akhbar pendedahan baru-baru ini, malah semakin membingungkan apabila akuan bersumpah itu dibacakan oleh individu lain dan bukan beliau sendiri.

“Kejadian itu membuatkan saya lebih yakin bahawa Li Koon sendiri mungkin tidak mengetahui isi kandungan akuan sumpah berkenaan, jika beliau tahu sudah pasti beliau akan berada dalam sidang akhbar tersebut,” katanya ketika berkunjung ke Ibu Pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, Kalai Vanar diiringi Setiausaha Nambikkai Malaysia, Thirushul Vanar telah membuat laporan polis mengenai keraguan pihaknya terhadap akuan sum­pah Li Koon yang dibacakan oleh Boon Poh di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi.

“Saya menggesa pihak berkuasa untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi menahan pasport kesemua yang terlibat bagi mengelakkan mereka lari ke luar negara sehingga menyukarkan proses siasatan,” katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!