3 Mac 2016


Sebuah bandar peranginan di Mexico City mempunyai cara tersendiri untuk ‘menjinakkan’ penjenayah menerusi pengenalan sebuah unit polis yang dianggotai gadis jelita dalam lingkungan umur 18 hingga 28 tahun.

Briged Bantuan Pelancong yang dianggotai 42 anggota polis wanita, diwujudkan di Acapulco pada Oktober tahun lalu dengan tugas mengawal lalu lintas, meronda di kawasan pantai serta menahan penjenayah sementara menunggu kehadiran pihak berkuasa.

Menurut Mail Online, polis-polis wanita itu menerima gaji 8,000 peso (RM1,857) sebulan.

Selain itu, polis-polis jelita tersebut turut berperanan sebagai polis pelancong sekali gus menjadi daya tarikan baharu kepada pengunjung dalam dan luar negara ke bandar berkenaan.

Sebelum memulakan tugas pada pukul 7 pagi setiap hari, mereka itu perlu mengenakan solekan termasuk lipstik berwarna merah jambu, memakai berseluar pendek Bermuda, dan baju-T polo biru.

Ketua Polis Acapulco, Manuel Flores berkata, kriteria untuk menganggotai pasukan itu mudah sahaja iaitu setiap calon mestilah terdiri daripada perempuan muda yang cantik.

“Anda tidak akan percaya bagaimana seorang pemandu yang ganas boleh ‘dijinakkan’ selepas ditahan oleh anggota polis yang cantik ini,” katanya yang bertanggungjawab menubuhkan pasukan tersebut.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!