2 Mac 2016


Lebih 1,000 orang bakal tentera di India terpaksa menjalani ujian kemasukan bertulis dengan hanya berseluar dalam sebagai mengelakkan pe­nipuan, kelmarin.

Laporan stesen televisyen NDTV turut menyiarkan gambar keadaan calon menjalani ujian tersebut yang diadakan di sebuah padang di timur bandar Bihar.

Menurut seorang pegawai tentera, kaedah itu dilakukan bagi menghalang setiap calon daripada menyembunyikan nota atau telefon bimbit mereka untuk meniru.

Kira-kira 1,100 calon hadir untuk memohon jawatan tentera, perkeranian, dan teknikal dengan tentera di bandar Muzaffarpur, kelmarin itu.

Terdapat sebahagian calon mengangggap menanggalkan pakaian ketika menjawab soalan merupakan tindakan yang agak keterlaluan, namun akur dengan arahan itu.

“Pada mulanya saya merasa janggal, tetapi selepas pegawai tentera memberitahu kami itu adalah cara untuk mengelakkan penipuan, saya memahaminya,” kata seorang calon, Har Shambhu Kumar kepada NDTV.

Kementerian Pertahanan turut menuntut penjelasan mengenai arahan itu, namun pihak tentera mempertahankan langkah tersebut berikutan calon sebelum ini pernah beberapa kali ditangkap kerana menyelitkan nota dan telefon bimbit di dalam jaket atau poket pakaian mereka.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!