1 Mac 2016


Pereka jubah Pahlawan yang menjadi viral di media sosial minggu lalu mendakwa pihaknya telah berjaya meraih pendapatan sebanyak RM2 juta menerusi jualan jubah tersebut sejak ia dipasarkan awal Januari lalu.

Rekaan jubah Pahlawan yang mempunyai potongan ketat mengikut tubuh badan pemakainya menjadi viral di media sosial selepas mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang berpendapat ia kurang sesuai digayakan kaum lelaki.

Pengasas Farbel Eksklusif, Syubaili Aziz berkata, pihaknya telah berjaya memasarkan hampir 10,000 helai jubah Pahlawan pada harga RM199 sepasang melalui tempahan awal yang dibuat oleh ejen untuk dijual kepada pembeli.

“Pihak kami lebih menggalakkan pembeli untuk berurusan dengan ejen yang telah dilantik jika mahu mendapatkan jubah tersebut atau melayari laman sosial rasmi Farbel Eksklusif untuk urusan pembelian.

“Selain Malaysia, pihak kami turut menerima tempahan daripada ejen dari Arab Saudi, Brunei, Singapura, Indonesia, Thailand dan Taiwan yang turut berminat memasarkan jubah tersebut di luar negara,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!