25 Mac 2016


Penduduk New Zealand menolak cadangan untuk membuang lambang Union Jack Britain dari bendera negara ini, berdasarkan keputusan awal tinjauan yang diumumkan oleh pegawai pilihan raya, hari ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya New Zealand, sebanyak 56.61 peratus pengundi memilih untuk mengekalkan bendera asal, manakala 43.16 pengundi menyokong pertukaran kepada reka bentuk paku-pakis berwarna pe­rak.

Keputusan itu bakal dilihat sebagai satu tamparan buat Perdana Menteri, John Key yang menyokong kuat pertukaran tersebut selepas menyifatkan bendera asal adalah tinggalan kolonial ketika pemerintahan Britain.

Timbalan Perdana Menteri, Bill English berkata, kerajaan mengamalkan proses demokrasi yang memberikan rakyat peluang membuat pilhan.

“Saya akui akan ada pihak yang kecewa dengan keputusan itu, tetapi majoriti penduduk New Zealand telah menyatakan pendapat mereka dan kita perlu mene­rima keputusan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Pengundian yang dibuat melalui pos itu bermula pada 3 Mac lalu dan berakhir pada pukul 7 petang hari ini (pukul 2 petang waktu Malaysia) dengan keputusan awal diumumkan kira-kira 90 minit kemudian.

Tinjauan itu adalah hasil perdebatan selama 18 bulan termasuk undian awal untuk memilih ben­dera baharu.

Kira-kira tiga juta kertas undi diagih-agihkan kepada seramai 4.5 juta orang penduduk negara ini dan 2.11 juta daripadanya telah mengundi.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!