9 Mac 2016


Menteri Luar China, Wang Yi semalam menegaskan bahawa Laut China Selatan merupakan antara laluan perkapalan paling bebas dan selamat di dunia, manakala kawalan Beijing ke atas perairan itu adalah berasas.

Wang Yi berkata, China merupakan negara pertama yang ‘me­nemui’ pulau dan terumbu karang di laut itu.

Beijing sebelum ini dikecam Washington dan sekutu-sekutunya kerana melakukan aktiviti menambak laut di Laut China Selatan yang menjadi laluan maritim utama dengan nilai dagangan mencecah AS$5 trilion (RM20.5 trilion) setahun.

Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) juga melakukan misi kebebasan navigasi dengan kapal-kapal perangnya berlayar hampir dengan beberapa pulau tuntutan bertindih untuk menegaskan hak AS beroperasi di Laut China Selatan.

“Sebenarnya, berdasarkan usaha sama China dan negara-negara lain di rantau ini, Laut China Selatan kini menjadi laluan perkapalan pa­ling bebas dan selamat di dunia.

“China merupakan yang terawal meneroka, menamakan, membangun dan menguruskan pulau-pulau di perairan ini (Laut China Selatan). Nenek moyang kami bekerja keras di sini sejak sekian lama, sejarah akan buktikan siapa pelawat dan siapa tuan yang sebenar,” katanya.

Tambahnya, China akan mempertimbangkan untuk menjemput wartawan asing ke pulau-pulau di bawah kawalannya apabila keadaan mengizinkan.

Setiausaha Pertahanan AS, Ash Carter pernah memberi amaran akibat buruk akan berlaku jika China mengambil tindakan agresif di Laut China Selatan


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!