23 Mac 2016


SHAH ALAM – Seorang pelajar kolej swasta yang dikatakan gila seks berjaya diberkas oleh sekumpulan guru selepas menceroboh masuk ke kawasan sebuah sekolah agama Seksyen 19 di sini kelmarin untuk mengintai pelajar perempuan.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, lelaki berusia 22 tahun bertindak mema­suki pekarangan sekolah ber­kenaan menggunakan laluan saluran longkang di belakang sekolah terbabit.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, bagaimanapun suspek berjaya ditahan dalam cubaan keduanya yang ma­suk ke sekolah itu untuk me­lakukan perkara sama pada pukul 4 petang.

“Suspek menceroboh ma­suk ke dalam sekolah melalui saluran longkang di belakang sekolah itu. Setelah berjaya, suspek masuk ke dalam tandas pelajar pe­rempuan dan bersembunyi di dalam bilik air.

“Seorang pelajar perempuan darjah lima kemudian masuk ke dalam tandas bersendirian. Suspek terus memeluk pelajar terbabit tetapi tidak berjaya,” kata­nya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!