8 Mac 2016


Peminat kereta 'muscle' kini berpeluang memiliki kereta idaman mereka dengan harga bermula RM100,000 apabila 12 buah kereta 'muscle' bakal dilelong bertempat di Jalan Dato Abdullah Tahir, Johor Bahru Sabtu ini.

Pengarah Eksekutif 23 Motors Sdn. Bhd., Datuk Kaathir Mustaffa berkata, program lelongan tersebut merupakan acara yang julung kali diadakan di negara ini membabitkan kereta jenis tersebut.

Ujarnya, pihaknya menjangkakan kehadiran lebih 500 pembida dari seluruh negara termasuk negara jiran yang akan menghadiri acara tersebut bagi mendapatkan kereta idaman mereka.

“Sebanyak 12 buah kereta ini akan dilelong dengan harga permulaan sebanyak RM100,000, yang mana kesemuanya merupakan kereta ikonik yang sering ditonton dalam filem-filem aksi.

“Anggaran harga pasaran bagi kenderaan yang terlibat adalah di antara RM500,000 hingga RM1.6 juta sebuah, dengan anggaran nilai keseluruhan berjumlah RM15 juta,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Antara kereta yang bakal dilelong termasuklah McLaren MP4 12C 3.8L V8, Chevrolet Camaro Cabriolet, Ford Mustang GT500 5.8L V8, Dodge Challenger 3.6 V6, Hummer H2 6.0 V8 dan Cadillac Escalade ESV 6.2 V8.

Tambah Kaathir, kesemua dokumen bagi menyokong ketulenan kereta tersebut akan disediakan kepada pembida yang berjaya terma­suk permit import dan pembayaran cukai berkaitan.

“Sebahagian daripada keun­tungan diraih melalui lelongan tersebut akan disumbangkan kepada rumah kebajikan bagi membantu pihak memerlukan,” katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!