22 Mac 2016


Presiden Parti Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu atau Mat Sabu dihalang memasuki Sarawak oleh Jabatan Imigresen negeri itu, pagi tadi. Naib Presiden PAN, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, berkata Mat Sabu tiba di Lapangan Terbang Sibu kira-kira jam 10.40 pagi tadi dan ditahan ketika melalui pemeriksaan Imigresen. 

"Saya dimaklumkan tiada sebarang alasan diberikan oleh pihak Imigresen yang menahannya dan Mat Sabu diarahkan pulang ke Semenanjung pada penerbangan pertama di sana. 

"Minggu lalu, Mat Sabu ada memasuki Sarawak untuk berkempen dan dia tidak dihalang," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini. 

Sementara itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata Sarawak memiliki haknya sendiri untuk membenar atau menghalang mana-mana individu memasuki negeri berkenaan. 

"Kerajaan negeri tidak perlu memaklumkan kepada kementerian jika mereka mahu menghalang mana-mana individu masuk ke negeri terbabit kerana itu adalah hak mereka. "Individu yang memasuki Sarawak perlu mendapatkan kebenaran khas, permit kerja dan sebagainya, namun jika mereka tidak memenuhi kelayakan tertentu, mereka boleh diusir. 

"Kementerian Dalam Negeri hanya bertanggungjawab menjalankan Akta Imigresen 1959/63 di Semenanjung saja, manakala di Sarawak dan Sabah, ia di bawah kuasa kerajaan negeri," katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!