3 Mac 2016


Pemuda MCA mengingatkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bahawa tugas mengembalikan sokongan masyarakat Cina kepada MCA bukanlah seperti kisah adiwira, Superman.

Ketuanya, Chong Sin Woon berkata, ulasan Mohamed Nazri mengenai cara mengembalikan sokongan kepada MCA sebagai mengarut dan tidak dapat dilaksa­nakan sama sekali.

“Ini bukan cerita Superman, dapat seorang yang hebat, kaum Cina akan kembali menyokong.

“Banyak perkara yang perlu diteliti dan diambil kira untuk meraih semula sokongan masyarakat Cina. Bukan seperti apa yang Mohamed Nazri cakap,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri pameran pertanian yang dianjurkan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini.

Mohamed Nazri sebelum ini menyatakan MCA perlu ada seorang pemimpin yang lebih hebat daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagi mengembalikan sokongan masyarakat Cina.

Dalam kenyataan yang disiarkan dua portal menerusi satu wawancara khas, Mohamed Nazri juga menyatakan masyarakat Cina hanya melihat kepemimpinan manakala DAP dan MCA adalah dua buah parti yang tiada perbezaan kepada mereka.

Sin Wooi yang juga Timbalan Men­teri Pendidikan menambah, MCA sedang bekerja keras daripada pucuk kepemimpinan tertinggi sehingga ke akar umbi untuk mengembalikan sokongan ma­sya­rakat Cina.

“Perkara ini bukan semudah yang difikirkan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Sin Woon memberitahu, Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan UPM untuk mengkomersialkan produk pertanian melibatkan penyelidik-penyelidik serta petani.

“Hasil penyelidikan kita jauh lebih berkualiti berbanding barang­an import. Cuma kita memerlukan laluan yang tepat untuk mempromosikan produk-produk ini,”

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!