30 Mac 2016


Sebuah unit pangsapuri yang terletak di bandar Magadan, yang dibina dengan dinding serta tandas bersadur emas mendapat perhatian ramai baru-baru ini selepas pemiliknya mahu menjual kediaman tersebut dengan harga serendah 6.5 juta roubles (RM383,793).

Menurut portal Mail Online, pangsapuri tersebut terletak di tingkat dua sebuah bangunan empat tingkat di wilayah Magadan Oblast, timur laut Rusia.

Antara ciri-ciri menarik kediaman itu adalah saduran emas pada tempat duduk tandas, singki serta perabot-perabotnya yang unik dan antik.

Ejen Hartanah, Roman Vikhlyantsev menggambarkan pemilik pangsapuri itu sebagai ahli perniagaan yang sentiasa mengelilingi dunia dan merupakan pencinta seni halus.

Vikhlyantsev juga optimis mampu menarik perhatian pembeli dalam masa terdekat, kerana hampir semua perabot dari luar negara di kediaman tersebut bukan sahaja mahal, tetapi unik.

“Pemiliknya sangat intelektual. Mereka melakukan perjalanan di seluruh dunia dan membawa barang-barang hiasan eksotik kembali ke rumah mereka,” jelas Vikhlyantsev

Namun harga yang ditawarkan itu dianggap tinggi melihatkan keadaan ekonomi serta lokasi kediaman tersebut yang berdekatan dengan sebuah penjara besar dan tidak mempunyai ramai penduduk.

Berita mengenai penjualan pangsapuri itu juga mendapat pelbagai reaksi selain mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna laman sosial yang kebanyakannya menyifatkan kediaman tersebut sebagai aneh dan menakutkan.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!