11 Mac 2016


Seorang pemain mendedahkan ada tangan hitam mencampuri urusan pentadbiran skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQP TRW) sehingga menyebabkan pemain-pemain tidak selesa dan menjadi punca kepada persembahan hambar dipamerkan mereka sepanjang kempen Liga Super setakat ini.

Pemain itu, yang enggan nama-nya didedahkan, berkata kelemahan itu berlaku apabila wujudnya campur tangan oleh individu yang tidak berkelayakan dalam pengurusan pasukan Kelantan.

“Apa yang boleh saya katakan ketika ini, pasukan Kelantan berada dalam keadaan huru-hura disebabkan campur tangan oleh pihak yang tidak berkelayakan sehingga menyebabkan moral pemain jatuh.

“Situasi ini boleh dium­pa­makan seperti lebih sudu da­ripada kuah. Secara jujur­nya saya dan rakan-rakan se­pa­sukan sudah muak dengan si­tuasi ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Pemain itu memberitahu, lebih mengejutkan individu berkenaan te­lah membuat laporan kepada ke­tua jurulatih K. Devan mengatakan pemain PQP TRW mempunyai masalah disiplin.

Katanya, individu berkenaan cu­ba menimbulkan rasa kurang se-nang antara pemain dengan ketua jurulatih, berkemungkinan besar untuk mempengaruhi Devan membuat perubahan ke atas pasukan.

“Kami barisan pemain Kelantan tidak mempunyai masalah dengan jurulatih, malah dapat mengikuti setiap taktikal yang diterapkan oleh beliau sepanjang sesi latihan,” ujarnya.

Pemain itu turut mendesak Pre­si­den Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah ini sebelum keadaan bertambah parah.

Katanya, pemain turut mahu Kafa membawa masuk semula bekas pengurus Azman Ibrahim untuk menguruskan semula pasukan yang ketika ini terumbang-ambing.

“Azman sudah masak dengan bola sepak Kelantan dan mempu­nyai pengalaman luas dalam pengurusan.

“Kami berpendapat beliau adalah orang yang paling layak untuk menjadi pengurus pasukan. Jika beliau kembali semula, saya yakin Kelantan akan akan bangkit dan kembali digeruni,” katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!