24 Mac 2016


Pihak berkuasa Belanda menghadapi masalah luar biasa: dengan kadar jenayah semakin merosot dan hakim memilih untuk menjatuhkan hukuman yang tidak membabitkan penahanan, jumlah pengawal penjara kini jauh lebih ramai daripada banduan di negara yang terkenal dengan pendekatan liberalnya terhadap keadilan sosial.

Ketika pihak berkuasa di negara lain bergelut dengan masalah kesesakan dalam penjara dan mungkin cemburu dengan kekosongan penjara di Belanda, bukan semua bergembira dengan perkembangan itu.

“Ia bukan berita baik untuk mereka yang bekerja di penjara,” kata jurucakap Kementerian Kehakiman Belanda, Jaap Oosterveer.

Untuk mengatasi masalah pembuangan kerja, pegawai baru-baru ini mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatan mereka dari Norway untuk menandatangani perjanjian yang menyaksikan Belanda menyediakan penjara sementara Norway menyediakan banduan.
  
Berdasarkan persetujuan awal, sepanjang tiga tahun akan datang, bergantung kepada kelulusan Parlimen kedua-dua negara, kira-kira 250 pesalah dari Norway akan dihantar menjalani hukuman penjara mereka di Belanda.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!