2 Mac 2016


Wolverhampton: Seorang pengemis meraih pendapatan sehingga £500 (RM11,300) sehari dengan berpura-pura gelandangan walaupun dia sebenarnya tinggal di sebuah rumah ‘sederhana.’

Lelaki yang tidak dinamakan itu mengemis di pusat bandar Wolverhampton dan dikatakan boleh mengumpul sebanyak £2,500 seminggu.

Ini bermakna pendapatan tahunannya sebelum cukai ialah sekitar £130,000 (RM589,533) - kurang £12,000 (RM54,418) berbanding pendapatan tahunan Perdana Menteri David Cameron.

Ketua Alam Sekitar dan kaunselor parti Buruh Wolverhampton, Steve Evans berkata, lelaki itu menetap di sebuah rumah sederhana, tetapi menyasarkan orang ramai dengan berpura-pura gelandangan.

“Maklumat mengenai pendapatannya yang berjumlah £500 sehari adalah hasil siasatan anggota majlis perbandaran.

“Kami tahu dia mempunyai rumah dan didaftarkan di alamat dan tinggal di sebuah rumah sederhana. Bagaimanapun, dia dilihat di duduk mengemis di tengah bandar sepanjang hari,” katanya Evans.

Menurutnya, kebanyakan pengemis di Wolverhampton bukan gelandangan dan mereka mengemis hanya untuk mendapatkan wang bagi membeli arak.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!