23 Mac 2016


DAP Pahang terus bergolak apabila sebahagian ahli akar umbinya bertindak memprotes kehadiran Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah dalam satu majlis di sebuah restoran di sini semalam.

Majlis yang dihadiri Ngah Ngah bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang tersebut menyaksikan berlaku pertengkaran sehinggakan ada dalam kalangan mereka membaling telur terhadap pemimpin negeri itu.

Tidak cukup dengan itu, ahli yang tidak berpuas hati dengan kepemimpinan Ngah Ngah bertindak mencabut papan tanda Pusat Khidmat DAP Parlimen Jerantut yang terletak bersebelahan restoran berkenaan.

Setiausaha Parlimen DAP Jerantut, Hussien Chou Abdullah berkata, tindakan protes berkenaan berpunca daripada tindakan Ngah Ngah yang tidak mendengar suara akar umbi khususnya dalam pemilihan calon pada pilihan raya umum lalu.

“Kami tidak berpuas hati kerana ketika PRU-13, Ngah Ngah tidak memberi perhatian dan keutamaan kepada calon kami iaitu Koh Boon Heng sebaliknya meletakkan calon PKR mewakili kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak.

“Jadi kami sepakat untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Ngah Ngah yang datang bersama Kit Siang dalam program jelajah hari ini,” katanya.

Pada pilihan raya umum lalu, pakatan pembangkang meletakkan calon PKR iaitu Jamaluddin Abd. Rahim menyebabkan Boon Heng bertindak bertanding tiket Bebas bersama seorang lagi calon Bebas.

Bagaimanapun dalam per­tandingan empat penjuru itu menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA, Datuk Lau Lee memenangi kerusi itu dengan majoriti 64 undi dengan mendapat 7,905 undi berbanding Boon Heng, 7,841 undi.

Menurut Hussien Chou, kesilapan percaturan pemilihan calon di kawasan itu telah menyebabkan pembangkang tewas kepada calon BN dengan majoriti yang tipis.

Katanya, permintaan akar umbi untuk memilih Boon Heng amat tepat memandangkan pada masa itu Boon Heng adalah Naib Pengerusi DAP

Pahang dan juga Pengarah Pilihan Raya negeri.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!