25 Mac 2016


Seorang pakar bedar Russia hari ini dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun atas tuduhan membunuh selepas dia menumbuk seorang pesakit, menyebabkan mangsa maut dalam serangan ganas yang mendapat perhatian meluas di negara itu. 

Dr Ilya Zelendinov dari bandar Belgorod, terletak 580 kilometer di selatan ibu kota ini, dirakam dalam kamera keselamatan menumbuk seorang pesakit lelaki pada muka, menyebabkannya jatuh ke belakang dan maut akibat cedera di kepala. 

Gambar rakaman mengejutkan serangan 29 Disember lalu itu menjadi viral dan disiarkan di televisyen tempatan. Seorang jurucakap mahkamah Belgorod, Yevgeniya Solodovnikova, berkata, Zalendinov dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dua bulan serta lesen perubatannya digantung. 

Penyiasat berkata, Zelendinov memukul pesakit itu kerana dia menendang seorang jururawat dalam satu prosedur. 

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!