31 Mac 2016


Penyanyi dan pemuzik terkenal Indonesia, Ahmad Dhani, melebarkan pengaruh politiknya dengan menghadiri sebuah deklarasi yang menggabungkan ratusan penyokong di bawah pakatan Relawan Jakarta Bergerak pada Rabu.

Portal berita Kompas.com melaporkan, pakatan yang digerakkan oleh Wakil Ketua Umum Parti Gerindra Sufmi, Dasco Ahmad, itu antara lain mengatakan bahawa Jakarta akan lebih baik jika tidak dipimpin oleh Gabenor kota itu, Basuki Tjahaja Purnama.

Sebelum ini, Ahmad Dhani dilihat sering memberi kritikan terbuka tentang tata pentadbiran Basuki yang juga dikenali dengan panggilan Ahok itu, dan Ahok tidak kurang juga kerap berbalas-balas komen tentang kritikan Ahmad Dhani.

Suami penyanyi Mulan Jameela itu sangat yakin bahawa dirinya mampu melangkah lebih jauh sebagai calon Gaboner Jakarta sekali gus merampas jawatan yang disandang Ahok, kerana mendakwa dirinya mempunyai perancangan yang lebih baik untuk ibu negara Indonesia itu.

“Ya, kalau dibandingkan pembentangan program saya dengannya (Ahok), saya pasti menang,” ujar Ahmad Dhani dipetik sebagai berkata.

Ahmad Dhani juga mengkritik kekurangan Ahok dalam mentadbir Jakarta, salah satunya adalah perwatakan Ahok yang menurutnya tidak layak menjadi contoh.

Menurut penyanyi dan juga komposer berpengaruh itu, jika dia terpilih menjadi Gabenor Jakarta, beliau antara lain berazam untuk meningkatkan gerak kerja pegawai negeri dan membaik pulih pembangunan infrastruktur.

Sementara itu, pakatan Relawan Jakarta Bergerak mendakwa mereka disokong oleh ramai individu berpengaruh. Selain ahmad Dhani, gabungan itu turut disokong oleh pakar perlembagaan negara, usahawan berjaya dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Adhyaksa Dault.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!