8 Mac 2016


Saya tak hadir. Saya tidak menyokong. Saya tidak tahu pun.”

Demikian reaksi Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah ketika ditanya mengenai khabar angin yang menyatakan beliau menyokong pakatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan pembangkang.

Menurutnya, beliau tidak me­nge­tahui berhubung sidang akhbar yang diadakan pada Jumaat lalu bersama pakatan pembangkang bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu.

Dalam pada itu, ditanya berkaitan kempen selepas majlis deklarasi itu, beliau menyifatkan tindakan itu sebagai satu perkara biasa.

“Ia adalah perkara normal, akan ada pihak yang menentang dan ada pihak yang menyokong.

“Saya sebagai Ahli Parlimen dan saya akan meneruskan tugas sebagai Ahli Parlimen,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!