8 Mac 2016


Juara lima kali Grand Slam, Maria Sharapova mengumumkan dia gagal ujian doping di Terbuka Australia dengan berkata perubahan dalam senarai bahan larangan Agensi Anti Doping Dunia (WADA) untuk tahun 2016 menjadi punca utama kepada keputusan positif itu. 

Sharapova berkata, ujian yang dilakukannya itu positif dadah jenis Meldonium, bahan yang sudah diambilnya sejak 2006, namun ia baharu saja ditambah dalam senarai bahan larangan WADA pada tahun ini. 

Dan katanya, dia tidak menyemak senarai larangan yang baharu itu sebelum meneruskan pengambilan bahan larangan berkenaan. "Saya gagal ujian itu dan saya bertanggungjawab," kata Sharapova dalam satu sidang media di Los Angeles. 

"Saya melakukan kesilapan besar. Saya mengecewakan peminat. Saya mengecewakan sukan yang sudah saya ceburi sejak berusia empat tahun ini dan gemari ini. 

"Saya tahu akan menanggung akibatnya dan saya tidak mahu menamatkan kerjaya saya dengan cara sebegini - dan saya benar-benar berharap agar dapat diberi peluang sekali lagi untuk bermain." 

Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) mengesahkan ujian ke atas bekas pemain nombor satu dari Russia itu didapati positif pada 26 Januari 2016 dan Sharapova menerima laporan itu ketika dimaklumkan, 2 Mac lalu. 

"Sharapova akan digantung sementara bermula 12 Mac ini, sementara menunggu keputusan kes itu," kata badan induk tenis dunia itu.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!