10 Mac 2016


Bintang Bollywood Shah Rukh Khan memberikan pekerjaan kepada salah seorang peminatnya di Twitter.

Setelah Shah Rukh Khan memuat naik trailer rasmi filem terbaharunya Fan, seorang peminat yang dikenali sebagai Shivam Jemini memuat naik trailer filem itu dengan suntingan baharu. 

Filem Fan mengisahkan tentang seorang lelaki yang taksub dengan seseorang bintang yang mirip dengannya.

Trailer yang disunting semula oleh Shivam menampilkan diri beliau sendiri di dalamnya.

Trailer berkenaan mendapat maklum balas positif daripada orang ramai termasuk Shah Rukh Khan yang terus memberikan Shivam pekerjaan di syarikat produksi beliau.

“Mari bekerja di studio kesan visual (VFX) kami. Bagus,” kongsi Shah Rukh Khan di Twitter.

Shivan membalas tweet bintang Bollywood it dan berkata ia merupakan hadiah hari jadi yang paling istimewa.

Filem Fan diarahkan oleh Maneesh Sharma dan akan ditayangkan di India pada 15 April.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!