25 Mac 2016


Perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber di India mendakwa pesaingnya sengaja membuka akaun palsu dan kemudian membatalkan segala tempahan sehingga menyebabkan kerugian besar.

Lapor NDTV, Uber India mendakwa kakitangan Ola Cabs membuka sebanyak 90,000 akaun palsu.

Ia turut mendakwa sebanyak 50,000 kes sebegitu terjadi di Delhi dalam tempoh enam bulan. 

Susulan itu, sebanyak 20,000 pemandu memutuskan untuk tidak lagi bekerja dengan Uber.

Syarikat tersebut memberitahu Mahkamah Tinggi Delhi bahawa ia meminta AS$7.4 juta (RM29.65 juta) sebagai ganti rugi. 

Sementara itu, Ola menafikan tuduhan Uber India tersebut, sambil menyatakan bahawa ia adalah sebagai muslihat Uber India untuk mengalih tumpuan daripada kes lain yang melibatkan kedua-dua syarikat itu. 
Ola diberi tempoh empat minggu untuk memberi penjelasan yang terperinci atas dakwaan Uber India.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!