22 Mac 2016


Karachi: Seorang lelaki di Pakistan dilaporkan cedera parah selepas telefon bimbitnya tiba-tiba terbakar lalu menyebabkan pakaiannya dijilat api.

Kejadian mengejutkan itu berjaya dirakam seorang saksi menggunakan telefon bimbit sebelum video berkenaan menjadi viral di Internet.

Rakaman video itu menunjukkan seorang lelaki turun dari sebuah bas dan tidak menyedari poket seluarnya tiba-tiba mengeluarkan api.

Lelaki itu dilihat segera mengeluarkan telefon bimbit yang terbakar dari poket dan mencampaknya ke tanah tetapi api merebak ke bajunya.
  
Mangsa kemudian berlari dalam bulatan sambil menjerit meminta tolong.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!